12 Jenis Kain Yang Perlu Anda Tahu

Telah sekian lama bidang fesyen berkembang dan menghasilkan pelbagai jenis pakaian yang unik dan menarik. Walaubagaimanapun, tidak ramai yang tahu tentang bahan dan jenis kain yang digunakan dalam penghasilan fesyen. Dalam artikel ini, LANAFIRA ingin berkongsi dengan pembaca mengenai beberapa jenis kain yang sering digunakan dalam bidang fesyen.

  1. KAIN COTTON (KAPAS)

Jenis kain cotton sememangnya sudah diketahui umum dan biasa dipakai oleh setiap orang. Cotton berasal dari serat pokok kapas. Kebanyakan baju dipakai oleh rakyat Malaysia menggunakan kain jenis ini. Terdapat dua jenis cotton iaitu Cotton Combed dan Cotton Carded. Kedua-dua bahan ini mempunyai karakter yang sama iaitu tidak panas dan mampu menyerap peluh. Perbezaan kedua-dua cotton ini adalah  Cotton Combed mempunyai permukaan yang lebih halus dan juga lebih ringan. Jadi ianya lebih selesa dipakai berbanding Cotton Carded. Cotton Combed juga mempunyai banyak variasi seperti 20s, 24s, 30s, 40s, dan lain-lain yang membezakan ketebalannya. Kelemahan bahan ini adalah cepat rosak jika selalu dicuci atau jika dicuci dengan kasar.

jenis kain
Baju Kain Satin Silk
  1. VISCOSE

Viscose adalah jenis kain yang biasanya digunakan untuk membuat pakaian kasual dan juga pakaian dalam. Viscose mempunyai ciri yang halus, licin dan elastik. Bahan ini juga dapat menyerap peluh dan mempunyai permukaan berkilat. Kelebihannya adalah tekstur yang lembut dan selesa apabila digunakan. Ada juga kain viscose yang dicampur dengan cotton, biasanya dipanggil CVC (Cotton Viscose). Viscose dibuat dari serat kayu Eucalyptus, sejenis pokok pine. Cara mencuci kain ini adalah dengan tidak merendamnya ke dalam pencuci terlalu lama. Kelebihan viscose berbanding cotton adalah kurang mengecut apabila dicuci berkali-kali.

  1. POLYESTER

Polyester juga biasa disebut PE. Jenis kain polyester memiliki ciri yang panas apabila dipakai dan tidak menyerap peluh kerana bahan ini dibuat dari bahan sintetik bercampur dengan bahan plastik. Kain polyester juga boleh dicampur dengan cotton dan dikenali sebagai Teteron Cotton. Kualitinya kurang daripada cotton kerana ciri yang disebutkan namun polyester lebih tahan kedut dan tidak mengecut walaupun dicuci berkali-kali. Harganya juga lebih murah.

  1. LINEN

Jenis kain linen adalah lebih hampir kepada cotton namun memiliki struktur yang lebih kuat. Bahan ini bersifat lembut, sejuk dan mampu menyerap peluh. Oleh sebab itu, linen sangat sesuai digunakan untuk membuat pakaian kasual dan juga gaun. Namun begitu linen susah dijaga kerana mudah berkedut dan mengecut jadi perhatian lebih perlu diberikan ketika mencuci dan menyeterikanya. Tips mencuci baju linen adalah dengan menggunakan pencuci yang lembut, merendam dalam air suam dan menggunakan suhu tidak terlalu panas ketika menggosok baju ini agar tidak mudah rosak.

  1. WOOL

Kain jenis wool selalu digunakan untuk pakaian mahal dan mewah. Kain wool lebih tebal dan sangat menyerap air sehinggakan kain ini susah untuk dibersihkan jika terdapat kesan kotoran yang melekat. Kain wool juga akan mengecut jika dicuci dengan cara yang salah. Perhatian lebih perlu diberi ketika mencuci kain wool. Terdapat juga lightweight wool yang lebih nipis namun kualitinya sama dan sesuai digunakan untuk cuaca di Malaysia.

  1. SUTERA

Sutera atau silk diperbuat dari kepompong ulat sutera. Kain ini mahal kerana proses penghasilan yang rumit. Kain jenis sutera boleh menyerap air namun mudah koyak jika tidak berhati-hati memakainya. Cucian dan rawatan untuk kain ini juga perlu diberi perhatian kerana ciri yang disebutkan. Di Malaysia selalunya kain sutera sesuai dijadikan baju kurung dan kain batik. Kain sutera diharamkan dipakai oleh lelaki beragama Islam.

  1. DENIM

Kain denim amat popular dan selalu dikaitkan dengan penghasilan seluar jeans. Ketika diperkenalkan, kain ini hanya mempunyai satu warna iaitu indigo namun kini terdapat dalam pelbagai warna. Nama denim berasal dari perkataan perancis iaitu Serge de Nimes. Kain denim dibuat dari tekstil twill dan teksturnya seakan-akan karpet tetapi lebih halus dan nipis. Selain seluar jeans, kain jenis denim juga selalu dibuat jaket dan boleh ditambah ke dalam rekaan fesyen yang lain seperti blouse dan jubah.jenis kain

  1. LEATHER SUEDE

Kain kulit dan suede kedua-duanya berasal dari kulit. Bezanya leather dibuat menggunakan kulit bahagian luar manakala suede menggunakan kulit bahagian dalam. Antara haiwan yang biasa digunakan adalah kambing, biri-biri, lembu, buaya, ular dan banyak lagi. Ada juga tekstur kulit sintetik yang lebih halus, tiada kerutan dan tidak berbau dan harganya juga lebih murah dari kulit yang asli. Kulit asli lebih mahal dan berat dan selalu digunakan untuk membuat jaket.

  1. LYCRA

Jenis kain lycra juga disebut sebagai spandex. Kain lycra diperbuat dari campuran bahan kimia elastomer. Kain ini mempunyai sifat elastik dan lentur yang sangat tinggi dan susah untuk koyak. Oleh sebab itu kain lycra selalunya digunakan untuk membuat pakaian sukan untuk memudahkan pergerakan atlet. Lycra juga selalu dicampur dengan bahan lain seperti polyester.

  1. DRILL

Kain drill merupakan kain yang dipintal dalam bentuk diagonal supaya mempunyai struktur yang lebih kuat. Kain ini diperbuat dari campuran bahan cotton dan polyester. Terdapat tiga jenis kain drill iaitu Twist Drill (serat kecil), American Drill (serat sederhana) dan juga Japan Drill (serat besar).

  1. PIQUE

Kain pique juga dikenali sebagai kain lacoste dan memiliki banyak pori. Kain ini biasanya diperbuat dari cotton atau polyester atau gabungan keduanya. Kain ini sesuai dibuat t-shirt kasual seperti baju polo. Baju ini tidak panas kerana cirinya yang mempunyai banyak pori.

  1. KANVAS

Jenis kain kanvas mempunyai ciri-ciri yang tebal dan kasar. Kerana ketebalannya, kain ini boleh melindungi pemakainya ketika aktiviti lasak.

Inilah beberapa contoh kain yang LANAFIRA ingin kongsikan dengan semua peminat fesyen. Walaupun terdapat banyak lagi jenis-jenis kain yang lain, kain yang kami kongsikan adalah yang paling banyak terdapat di pasaran Malaysia. Jika anda ingin membeli pakaian, perlu pastikan dahulu kain atau bahan yang sesuai untuk tujuan pakaian tersebut. Sekian dari kami dan always stylish with LANAFIRA.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BeautyYou!

Subscribe and immediately you will get

10% discount and our FREE fashion ebook!

Thank you for sending!