Minyak wangi atau perfume merupakan satu komponen utama personaliti seorang wanita. Ia bukan setakat gambaran keperibadian anda, tetapi ia mampu menaikkan keyakinan diri. Perfume juga mampu menjadikan anda tumpuan ramai dan sentiasa diingati. Jika anda sedang tercari-cari wangian baru yang sesuai dengan gaya dan stail anda, jom tengok senarai 20 minyak wangi terbaik dan popular ini.
1. Marc Jacobs Fragrances Daisy Eau So Fresh

Salah satu perfume dibawah Jenama Marc Jacobs untuk wanita, Daisy telah lama menjadi pilihan ramai wanita. Baunya segar dan membawa rasa muda kepada diri anda dan akan membuat anda berbau seperti padang rumput di musim luruh penuh mekar. Kalau anda baru memilih perfume untuk pertama kali, Daisy adalah sesuai untuk anda.
2. Coco Chanel Mademoiselle Eau De Parfum

Setiap wanita mahukan Chanel di dalam hidup mereka dan tiada yang lebih bagus dari haruman Coco Chanel Mademoiselle. Aroma yang sofistikated dan indah, ianya gabungan citrus yang tajam, halus, dan secara beransur-ansur berubah menjadi bau bunga yang memukau dengan hanya sedikit tanda-tanda musk dan vanila.
3. Lancome La Vie Est Belle

Adakah anda ingin menikmati bau yang unik ? Jika jawapan YA, Lancome La Vie Est Belle yang berbau floral adalah sesuai untuk anda. Ia berbau manis dengan iris, melati, bunga oren, dan nilam yang dipadankan dengan bauan blackcurrant dan buah pir. Baunya bertahan lama dan sesuai untuk malam atau siang hari. Lancome La Vie Est Belle saya cadangkan untuk wanita muda.
4. Givenchy Dahlia Divin

Aroma yang tepat akan menjadi amunisi andal untuk menakluki setiap momen indah dalam kehidupan wanita. Setiap wanita mempunyai personaliti yang berbeza begitu juga dengan pemilihan minyak wangi. Ekspresi diri dengan haruman indah memikat Dahlia Divin ini. Menyerakkan aroma indah sebaik sahaja disemburkan pada kulit dan kekal berpanjangan sepanjang hari.
5. Gucci Bloom Eau De Parfum

Ianya vibrant tetapi simple dan dalam kelas tersendiri. Ianya gabungan tube rose, melati, dan aroma honeysuckle yang kuat tetapi tak over sangat. Jika anda mencari wangian feminin dan halus, ini adalah untuk anda wanita ayu dan jelita.
6. Burberry Eau De Parfum

Ia adalah campuran yang indah daripada bau pic, aprikot, vanila, dan musk dengan kehadiran bau cedar, pir, cendana, dan kasturi. Anda mesti akan menyukai bau lembut Burberry Eau De Parfum dan ianya sesuai untuk dipakai sepanjang hari. Pada mulanya berbau buah dengan sentuhan kasturi, tetapi menjurus ke arah bau seperti kasturi yang unik dan seperti kayu. Sesiapa sahaja boleh memberitahu bahawa anda sedang memakai Burberry kerana ini adalah signature mereka. Anda mesti bangga.
7. J’adore Perle de Parfum

J’adore Eau de Parfum disimpan di dalam botol baru yang eksklusif berbentuk seperti permata yang boleh anda bawa ke mana sahaja anda pergi.
8. L’Occitane Citrus Verbena Summer Fragrance

Minyak wangi ini mempunyai aroma yang paling menyegarkan untuk dipakai pada hari yang panas. Ianya gabungan buah lemon yang diadun bersama dengan anggur. Minyak wangi ini sesuai untuk anda yang mahukan perasaan lebih bersemangat dan gembira. Dan harganya juga berpatutan.
9.The Body Shop White Musk Eau De Toilette

Dalam senarai minyak wangi, saya boleh katakan yang inilah paling mampu milik. Ianya mempunyai bau lembut vanilla dan sesuai dipakai sepanjang hari.
10. Yves Saint Laurent Black Opium

Ini adalah salah satu wangian paling seksi di luar sana. Yves Saint Laurent telah melakukan kerja yang luar biasa dengan kehadiran kopi manis dan campuran vanila yang berbau unik. Ianya berbau kuat dan tidak sesuai untuk anda yang mahukan bau yang ringan dan tidak menonjol.
11. Hugo Boss The Scent For Her

Teroka keindahan haruman yang mampu membangkitkan aroma segar dan harum begitu mengasyikkan. Hugo Boss mempersembahkan BOSS THE SCENT For Her yang lembut namun penuh ketegasan. Menyentuh aura feminin dengan kombinasi Pink Pepper, Green Mandarin dan Freesia Blossom serta Orange Blossom penuh pesona. Semburan haruman yang lembut menyentuh kulit kekal sepanjang hari.
12. My Burberry Black

Bauan jasmine pada awal semburan kemudian bertukar pelahan-lahan ke mawar dan peach. Diakhiri dengan bauan amber dan nilam.
13. Victoria’s Secret Bombshell

Haruman aromatik bungaan dan buah. Semburan awal aroma markisa, shangri-la peony dan orkid vanila. Seksi, sesuai untuk yang inginkan perhatian.
14. Miss Dior Blooming Bouquet

Bau yang mengagumkan. Aroma bunga segar dengan kasturi lembut, sedikit kering dan juga sedikit aroma buah. Ia memberikan kelembutan luar biasa.
15. Viktor & Rolf Flowerbomb

Membawa letupan aroma bunga. Semburan dimulakan dengan bau halus bergamot bersama mandarin kemudiannya bertukar menjadi bauan bunga yang indah – Jasmine sambac, freesia, centifolia rose, dan osmanthu
16. Jo Malone English Pear & Freesia Cologne

Di inspirasikan daripada sajak romantis ‘Ode to Autumn’. Segar, tidak terlalu manis dan tahan sepanjang hari.
17. Philosophy Amazing Grace

Aroma bunga khas untuk wanita. Bau yang lembut dan bersih dan tahan sepanjang hari.
18. Jimmy Choo Illicit Flower

Illicit Flower by Jimmy Choo adalah wangian Floral Woody Musk untuk wanita. Illicit Flower dilancarkan pada tahun 2016. Illicit Flower dicipta oleh Alienor Massenet dan Nicolas Beaulieuu. Bau utama adalah Mandarin Orange dan Apricot; bau pertengahan adalah bunga limau gedang, Rose, Freesia, Pear dan Jasmine; bau asas adalah Musk, Cashmere Wood, Sandalwood, Vanilla dan Benzoin.
19. Paco Rabanne Lady Million

Lady Million dicipta oleh Anne Flipo, Beatrice Piquet, Dominique Ropion dan Bruno Jovanovic. Bau teratas adalah Raspberry, Neroli dan Amalfi Lemon; bau tengah adalah Melati, bunga Jingga Afrika dan Gardenia; bau asasnya pula adalah madu putih, Nilam dan Amber.
20. Calvin Klein Eternity

Garapan rasa cinta dan sensual bersatu dengan kecantikan elemen semula jadi menggambarkan haruman terbaharu Calvin Klein kali ini. Mencipta aroma segar signatur Eternity Calvin Klein memerangkap atmosfera lembut dan harum. Eternity Air, minyak wangi yang mencetuskan tenaga yang sukar ditepis dan membangkit aura berani namun feminin.
Jenis-jenis minyak wangi

Untuk panduan ketika nak memilih minyak wangi:
- Parfum. Kepekatan 20% – 30%, tahan 6-8 jam.
- Eau de Parfum, EDP. Kepekatan 15% – 20%, tahan 4-5 jam.
- Eau de Toilette, EDT. Kepekatan 5% – 15%, tahan 2-3 jam.
- Eau de Colone, EDC. Kepekatan 2% – 4%, tahan sehingga 2 jam.
- Eau Fraiche. Kepekatan 1% – 3%, tahan sehingga 2 jam.
Sebagai penutup, minyak wangi yang sesuai untuk anda adalah apa yang sesuai dengan stail anda dan semestinya apa yang anda suka. Jadi pergilah berkunjung ke shopping mall dan cuba sendiri untuk hidu minyak wangi di sana. Jangan malu untuk meminta pendapat dari Perfume Promoter kerana mereka banyak pengetahuan berkenaan minyak wangi.