Cara Berpakaian Untuk Wanita Yang Mempunyai Badan Gemuk

Berpakaian mengikut bentuk badan merupakan skil penting yang perlu dipelajari. Walaupun anda mempunyai badan gemuk dan besar, anda masih boleh berfesyen seperti wanita yang lain. Jom belajar cara untuk menampilkan bentuk badan anda secara positif supaya anda lebih berkeyakinan di khalayak ramai.

1.Membuat Pilihan Pakaian Yang Tepat

badan gemuk

Elakkan baju yang mempunyai corak melintang dan mempunyai terlalu banyak corak kerana hal ini akan menyebabkan perhatian tertarik kepada bentuk badan anda. Warna plain merupakan pilihan terbaik untuk nampak lebih kurus.

  • Warna hitam atau gelap telah terbukti boleh menyebabkan anda kelihatan lebih kurus. Warna terang akan menyebabkan bahagian badan anda yang tidak sepatutnya nampak lebih menonjol.
  • Jika memilih pakaian bercorak, pilih yang mempunyai corak menegak atau corak kecil sahaja. Corak menegak memberi ilusi badan anda lebih panjang.

2.Memakai Pakaian Dalam Dengan Saiz Yang Betul

badan gemuk

Pakai bra mengikut saiz yang betul. Banyak terjadi wanita memilih saiz yang salah ketika memilih bra. Boleh bertanya kepada pembantu stor cara memilih bra dengan saiz yang tepat. Jika saiz terlalu kecil anda akan rasa tidak selesa dan berat, jika terlalu besar anda akan nampak menggelebeh. Jadi pilihlah saiz yang betul.

3.Memakai Korset atau Bengkung

badan gemuk

Bengkung sememangnya telah lama digunakan oleh orang yang mempunyai badan gemuk dan besar untuk kelihatan lebih slim dan membantu postur kelihatan lebih baik. Pilih bengkung atau korset yang berkualiti dan selesa supaya anda tidak terseksa memakainya.

4.Memilih Aksesori Yang Betul

Pemilihan aksesori yang tepat dapat membantu orang berbadan gemuk menutup bahagian yang tidak dikehendaki. Contohnya tali pinggang yang lebar dapat menutuk lemak di pinggang, dan tudung yang menarik dapat menarik perhatian orang ramai dari menumpukan kepada badan anda.

5.Tunjukkan Bentuk Tubuh Anda

badan besar

Kesilapan yang sering dilakukan oleh wanita yang mempunyai badan gemuk dan besar adalah memakai pakaian terlalu longgar. Pakaian berbentuk tent ini akan menyebabkan badan anda kelihatan lebih besar dari yang sepatutnya. Anda juga akan merasa kurang berkeyakinan.

6.Pakai Seluar Yang Fit

seluar fit

Pakai seluar yang betul-betul fit dengan anda. Seluar yang terlalu ketat akan menonjolkan lebihan lemak manakala yang terlalu longgar pula akan menyebabkan anda kelihatan lebih gemuk. Cari saiz yang betul-betul mengikut tubuh anda dan selesa. Jika tiada saiz yang sesuai boleh tempah dengan tukang jahit. Seluar yang fit sesuai dengan apa-apa sahaja baju yang anda ingin pakai, ianya adalah pelaburan terbaik untuk anda.

  • Sebagai tambahan, boleh cuba seluar yang sedikit kembang di bawah supaya bahagian bawah dan peha nampak lebih seimbang.

7.Pakai Skirt Kembang

Skirt yang fit di atas dan kembang di bawah juga membantu anda kelihatan lebih kurus. Badan anda juga akan kelihatan lebih seimbang.

8.Pakai Baju A-line

wanita gemuk

Baju A-line merupakan baju yang fit di atas dan kembang di bawah. Untuk beragama Islam, boleh memilih jubah yang mempunyai ciri-ciri ini. Cari dari kain yang beralun supaya dapat menutup bahagian yang tidak dikehendaki.

Itu sahaja tips-tips yang LANAFIRA ingin kongsikan kepada semua wanita yang berbadan besar dan gemuk. Jangan terlalu risau dengan persepsi masyarakat dan jadi lebih yakin dengan tips-tips yang LANAFIRA telah kongsikan.

Sumber & Gambar : https://www.wikihow.com/Dress-when-You-Are-Fat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BeautyYou!

Subscribe and immediately you will get

10% discount and our FREE fashion ebook!

Thank you for sending!