Diskaun RM200 Pembelian Air Cond & Peti Sejuk dengan Program Save 2.0

Bagi yang sedang merancang untuk membeli penyaman udara (air conditioner) atau peti sejuk, anda boleh mendaftar Program SAVE 2.0 untuk memperoleh rebat atau diskaun sebanyak RM200 bagi setiap pembelian penyaman udara atau peti sejuk di Shopee dan Lazada.

Program SAVE 2.0 ialah program pemberian rebat sebanyak RM200 kepada isi rumah yang membeli penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang yang diakui oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

Anda boleh lihat senarai aircond dan petik sejuk yang menyediakan diskaun sehingga 50% pada harga bermula dari RM500 sahaja di Shopee.

Jika anda lebih suka membeli barangan elektronik di Lazada, anda boleh lihat senarai penuh mengikut jenama pilihan di sini.

Dalam Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan sebanyak RM30 juta bagi pelaksanaan Program SAVE 2.0 yang dijangka memanfaatkan sebanyak 140,000 isi rumah di seluruh Malaysia.

Untuk makluman, program ini dilaksanakan oleh Sustainable Energy Development Authority Malaysia (SEDA) yang merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan dibawah Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Lestari 2011.

Program SAVE 2.0 ini juga dilaksanakan dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga dan dengan kolaborasi Shoope.

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!

0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest

0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments