Fesyen Jubah Terkini Untuk Muslimah Moden

fesyen jubah terkini

fesyen jubah terkiniFesyen jubah terkini yang digemari wanita Muslimah moden sejak kebelakangan ini adalah yang menggabungkan unsur rekaan unik seperti elemen ruffles, brokad, lace dan sebagainya. Selain itu, warna jubah juga semakin berubah daripada warna gelap ke warna terang dan kini warna-warna pastel semakin mendapat tempat di kalangan peminat jubah. Jubah sentiasa menjadi pilihan wanita Muslimah kerana ianya melambangkan ‘modesty’ ataupun kesederhanaan dalam berfesyen selain cepat dan mudah disarungkan.

Pada masa kini, jubah bukan sahaja boleh dipakai secara kasual malahan sesuai juga untuk ke majlis-majlis tertentu seperti pertunangan, perkahwinan dan majlis rasmi di tempat kerja. Jadi adalah penting untuk memastikan yang fesyen jubah terkini sentiasa diperbaharui demi memastikan ia tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas.

Bagi pemakai kasual pula, kebanyakan fesyen jubah terkini yang dihasilkan adalah mesra wudhuk dan juga mesra menyusu badan. Ini membolehkan si pemakai menjalankan tugas seharian dengan mudah termasuk melakukan perjalanan jarak jauh. Hal ini penting kerana wanita Muslimah moden kebanyakannya adalah berkerjaya dan ramai juga dari golongan professional. Tidak hairan kebanyakan jubah pada masa kini mempunyai ciri-ciri yang disebutkan.

Antara tips membeli jubah yang dapat LANAFIRA kongsikan adalah seperti berikut:

  1. Pilih kain atau fabrik yang sesuai: Pastikan memilih fabrik yang tidak melekap di badan dan tidak terlalu ringan sehingga senang ditiup angin. Ini penting kerana pemakaian jubah itu sendiri pada asalnya adalah untuk menjaga maruah diri setiap wanita. Selain itu, fabrik yang selesa seperti moss crepe juga sesuai jika ingin dipakai secara kasual terutamanya dalam iklim di Malaysia.
  2. Warna dan corak yang sesuai: Tidak disangkal ramai yang suka warna jubah yang gelap. Namun warna-warna pastel semakin mendapat tempat di hati wanita muda dan ianya juga sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis rasmi.
  3. Saiz yang tepat: Harus diingat ada jubah yang diimport dari luar negara terutamanya timur tengah. Adalah penting untuk mengetahui ukuran sebenar jubah tersebut dan tidak hanya bergantung kepada saiz Small, Medium, atau Large kerana ianya mungkin berbeza dengan ukuran rakyat Malaysia yang rata-rata berbadan kecil.

LANAFIRA juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan fesyen jubah terkini. Jubah Mellisa telah diperkenalkan semenjak bulan March 2017. Jubah ini mempunyai corak ropol di bahagian bawah dan kain heavy moss crepe yang digunakan adalah terletak namun pemakai nampak elegan ketika melakukan pergerakan. Boleh lawati butik online LANAFIRA untuk mendapatkan Jubah Mellisa sekarang!

 

hijab long dress

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BeautyYou!

Subscribe and immediately you will get

10% discount and our FREE fashion ebook!

Thank you for sending!