Restoran Gordon Ramsay dan Sunway Resort dengan bangganya mengumumkan pembukaan Gordon Ramsay Bar & Grill di Bandar Sunway, Kuala Lumpur. Ini menjadikannya restoran pertama di Malaysia yang dimiliki oleh chef selebriti berbintang Michelin yang terkenal itu.
Buat pertama kalinya dibuka di luar outlet Mayfair London, Gordon Ramsay Bar & Grill akan dibuka dengan menu yang penuh variasi sepanjang hari dan bakal menawarkan segala jenis makanan dari makanan ringan sehingga hidangan istimewa Gordon Ramsay seperti Beef Wellington dan Sticky Toffee Pudding.
Restoran yang terletak di tingkat lobi Sunway Resort tersebut akan menampilkan hiasan dalaman kontemporari yang ikonik, suasana yang mewah, pemandangan tingkap ke laguna, dan ruang makan peribadi yang boleh menjadi pilihan untuk acara persendirian.
Restoran ini telahpun menerima tempahan sekarang tetapi hanya akan mula beroperasi mulai bulan Jun 2021. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Gordon Ramsay’s Bar & Grill di Sunway Resort, boleh hubungi talian +603 7492 8000 atau e-mel [email protected]