Mengubah Persepsi Negatif Mengenai Baju Muslimah Murah

baju muslimah murah

“Alah membeli, menang memakai”

Peribahasa inilah yang seringkali diguna pakai oleh masyarakat Malaysia apabila membeli-belah sehinggakan ada yang berbelanja melebihi kemampuan diri. Alasannya, pakaian mahal lebih tahan lama berbanding pakaian pada harga yang lebih rendah. Akibatnya, ramai rakyat Malaysia terutamanya golongan muda yang hidup dalam belenggu hutang. Bak kata pepatah, “biar papa, asal bergaya”.

Tidak dinafikan bahawa godaan untuk membeli pakaian mahal sememangnya sukar untuk diatasi terutamanya dengan kaedah pemasaran yang dijalankan oleh butik-butik online terkemuka yang menggunakan taktik harga runtuh, menjadikan selebriti pujaan sebagai duta produk, gambar studio yang telah diubahsuai dan sentiasa memaparkan rekaan-rekaan terkini.

Sebagai pengguna, anda perlu bijak memilih kerana terdapat banyak pilihan butik muslimah yang menawarkan baju muslimah murah yang berpatutan berbanding di butik-butik online terkemuka. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut: –

  1. Bukan Jenama Terkenal

Jangan terkejut jika ada pakaian yang rekaannya hampir serupa dan menggunakan fabrik yang sama dengan pakaian berjenama terkenal tetapi harga amat jauh berbeza. Ini kerana syarikat berjenama menggunakan populariti dan reputasi mereka untuk meletakkan harga yang tinggi kerana pelanggan telah sedia-maklum atau yakin dengan jenama tersebut.

Malah, pereka fesyen tempatan yang terkenal juga menggunakan modus operandi yang sama walaupun pakaian yang dijual bukanlah dijahit sendiri oleh pereka fesyen tersebut.

Sedangkan pada masa yang sama, terdapat banyak butik muslimah online yang sedang meningkat-naik (ehem… LANAFIRA) di mana mereka menjual pakaian muslimah pada harga yang berpatutan tetapi mengutamakan kualiti produk demi kepuasan hati pelangggan.

  1. Tiada Perkongsian Keuntungan (Profit Sharing)

Jika anda sedari, terdapat butik-butik online yang popular (tidak perlu disebut nama, anda telah sedia maklum) di mana ramai pereka fesyen tempatan yang terkenal mempromosikan pakaian mereka. Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa pihak butik-butik online tersebut mengambil peratusan keuntungan yang tinggi daripada setiap unit terjual.

Berdasarkan penyelidikan, biasanya pekongsian keuntungan adalah 60-40 di mana pereka fesyen hanya menerima keuntungan sebanyak 60% manakala pihak butik online sebanyak 40%. Jadi tidak hairanlah mengapa harga pakaian dijual pada harga yang jauh lebih tinggi kerana pereka fesyen ingin mengelakkan diri daripada mengalami kerugian.

Tambahan pula, pereka fesyen perlu mengeluarkan modal yang besar untuk menyediakan stok kerana ianya adalah salah satu daripada syarat wajib yang dikenakan oleh pihak butik online yang popular bagi mengelakkan kehabisan stok. Namun begitu, jika stok tidak terjual, pereka fesyen perlu menanggung kerugian stok.

Berlainan pula dengan butik muslimah yang menjual baju muslimah murah di mana tiada perkongsian keuntungan di mana ini membolehkan pakaian dijual pada harga rendah.

  1. Kos Pemasaran Yang Rendah

Butik-butik online yang terkemuka mengeluarkan belanja yang besar bagi pemasaran laman web mereka. Antara kaedah yang digunakan adalah pengiklanan secara konvensional seperti di televisyen, radio, papan iklan, teksi dan sebagainya di mana ia menelan belanja yang tinggi.

Selain itu, mereka juga menggunakan kaedah pengiklanan secara online iaitu melalui laman web media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, YouTube, Pinterest dan sebagainya serta laman carian seperti Google, Yahoo, Bing dan sebagainya.

Kebanyakkan kedai muslimah melakukan pemasaran melalui laman web media social seperti Facebook, Twitter, Pinterest dan Instagram pada skala yang kecil dan pada masa yang sama melalui kaedah word-of-mouth yang percuma. Ini menyebabkan pakaian yang berkualiti dapat dijual pada harga yang rendah.

Pendek kata, dengan penjelasan di atas diharapkan dapat mengubah persepsi negatif bahawa butik online yang menjual baju muslimah murah menghasilkan produk yang tidak berkualiti walaupun realitinya kos dapat dikurangkan melalui faktor-faktor di atas.

Lepas ni jangan takut-takut lagi untuk mencuba baju muslimah murah ya. Sekian dari LANAFIRA dan semoga anda terus stylish.

baju muslimah murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BeautyYou!

Subscribe and immediately you will get

10% discount and our FREE fashion ebook!

Thank you for sending!