Nak Shopping Apa di Vietnam?

Dah lama nak shopping barang Vietnam tapi tak tahu cara? Hari ini kami nak share sikit berkenaan barang-barang Vietnam, mungkin ada yang tak tahu lagi apa yang kita selalu shopping dekat sana:

1. Tudung / telekung : Ho Chi Minh (HCM) ni senang kata memang syurga tudung / telekung la, banyak tudung-tudung yang berkualiti dijual dekat sini. Tudung di sini memang menepati citarasa orang Malaysia sebab banyak design dia yang copy dari Malaysia.

Kalau telekung pula, memang menang HCM dari Jakarta. HCM punya tenun lagi terperinci dan bukan sulam tampal macam Jakarta.

2. Pakaian muslimah: Design dekat sini pun memang lebih kurang Malaysia. Banyak juga jenama2 terkenal yg hantar jahit pukal dekat HCM, so kualiti dia boleh dikatakan setaraf dengan yang ada dekat Malaysia. 

3. Kain cotton: Dulu kain cotton Vietnam ni pernah jadi trend dan sampai sekarang masih dijual lagi dengan murah. Sesuai untuk buat baju kurung pakai harian sebab kain dia sejuk dan selesa.

4. Lace : Design lace dekat Vietnam agak berbeza dengan keluaran Indonesia dan China. Bagi saya lagi murah dan cantik. 

5. Beg hiking: Untuk pengetahuan anda ada beberapa jenama popular yg ada kilang di Vietnam macam Deuter, Jackwofskin dll. Jadi boleh dapatkan yang ORIGINAL dekat sini dengan harga murah. 

6. Kasut : Boleh cari kasut Skechers atau Clarks dekat sini dengan harga outlet. 

7. Beg rotan: Pun pernah jadi trend tak lama dulu dan harga memang murah.

So sesiapa nak beli barang dari Vietnam, kami ada sediakan perkhidmatan personal shopper. Buat masa ini kita ada preorder tudung, telekung and kain pasang yang kami order setiap minggu dari trusted supplier kami di HCM. Untuk maklumat lanjut boleh follow link di bawah:

t.me/Tudungpremiumvietnam

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *