Sayur-sayuran Yang Boleh Mencegah Kanser

Berikut merupakan sayur-sayuran yang boleh mencegah kanser.

BROKOLI

Brokoli dapat melindungi dari kanser usus besar dan kanser payudara. Menurut kajian, brokoli dan sayuran daun hijau lain kaya dengan serat dalam gula ‘galaktosa’ yang dapat membantu melindungi protein ‘lectin’ yang melekat pada dinding usus besar dan menyebabkan kerosakan.

TOMATO

Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah ‘phytochemical lycopene’ dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.

KUBIS

Kubis melindungi bahagian perut dari diserang kanser usus besar dan kanser payudara kerana kubis mengandungi ‘glutamine’ dan ‘smethylmethionine’. 

BAWANG PUTIH dan MERAH

Mengawal kolesterol tinggi, serangan jantung, demam, kanser dan radang. Kandungan sulfur dalam bawang putih yang diambil secara teratur dapat membantu menurunkan kolesterol dan menurunkan gumpalan darah.

LOBAK

Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.

LADA MERAH

Melindungi dari demam dan kanser. Lada merah kaya dengan vitamin C dan beta karotena yang dapat meningkatkan sistem kekebalan dan melindungi terhadap segala sesuatu dari demam hinggalah kanser.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *