SKIDOO – Perkhidmatan Penghantaran Terbaru

Perkhidmatan penghantaran sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia, dan pandemik yang melanda telah mendorong peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran yang lebih baik dan lebih cekap di negara ini. Memperkenalkan SKIDOO, penyedia perkhidmatan penghantaran terbaru yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk perniagaan, urusan perpindahan, makanan dan bungkusan peribadi, semuanya dengan harga yang berpatutan yang semestinya mengutamakan kepentingan pelanggan. 

SKIDOO Malaysia telah dilancarkan secara rasmi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Yang Berhormat Tuan Ahmad Fahmi Fadzil. “Negara kita sedang berusaha untuk kembali kepada keadaan normal seperti sediakala, namun satu perkara adalah jelas; perkhidmatan penghantaran akan terus menjadi perkhidmatan yang penting kepada rakyat Malaysia dan saya gembira kerana dapat melihat perkhidmatan seumpama ini dimulakan di kawasan ini. Kita memerlukan lebih ramai lagi usahawan dan perniagaan tempatan untuk terus berkembang, terutama sekali dengan peningkatan aktiviti membeli-belah di dalam talian di Malaysia. SKIDOO bukan sahaja memberi penyelesaian kepada keperluan pasaran hari ini, tetapi turut menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat sekitar yang ingin membina semula kehidupan mereka,” ujar beliau semasa majlis pelancaran tersebut.

SKIDOO memberi penekanan hebat terhadap kualiti perkhidmatan dan penjagaan barangan pelanggan, standard perkhidmatan pelanggan yang tinggi serta harga kompetitif yang ditawarkan oleh syarikat itu. SKIDOO menawarkan perkhidmatan yang 40% lebih murah berbanding syarikat-syarikat penghantaran lain di negara ini, tanpa caj tersembunyi dan memastikan bahawa pelanggan mereka tidak merasa terbeban dengan kos penghantaran yang tinggi.

Pasukan SKIDOO turut menjamin perkhidmatan pelanggan yang berkualiti kepada semua pelanggan mereka. Pelanggan hanya perlu menghantar pesanan melalui nombor WhatsApp atau terus hubungi SKIDOO jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah, dan pasukan SKIDOO akan memberikan penyelesaian segera. 

Ketua Pegawai Eksekutif SKIDOO Malaysia, Asokan Raveindaran berkata, “Kami memulakan syarikat perkhidmatan penghantaran ini setelah menyedari wujudnya jurang dalam perkhidmatan penghantaran yang baik untuk satu-satu tempat, pada harga mampu milik. SKIDOO beroperasi dengan berpandukan kepada model perniagaan insan, di mana pelanggan mendapat yang terbaik dari segi harga, pengalaman dan perkhidmatan secara keseluruhan. Kami lahir atas keperluan komuniti, dan sebab itulah kami mendapat sokongan padu daripada komuniti.”

Pada masa ini, pelanggan boleh memilih kenderaan penghantaran pilihan mereka yang terdiri daripada motosikal, kereta, van, trak 4X4, lori 1 tan, lori 3 tan dan lori 5 tan. SKIDOO berpangkalan di Kuala Lumpur, dan merancang untuk melebarkan sayapnya ke seluruh Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan akan datang. 

Selaras dengan sasarannya untuk berkembang, SKIDOO menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai mereka sebagai rakan penghantar. Mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan dialu-alukan untuk mendaftar dengan SKIDOO melalui laman sesawangnya, di mana mereka akan diberikan insentif bulanan tambahan, gaji mingguan, serta pelbagai insentif dan manfaat lain. 

Asokan menambah, “Peningkatan e-dagang di negara ini bermakna jumlah penghantaran akan menjadi lebih banyak dan pelanggan akan meletakkan tinggi terhadap bungkusan atau barangan mereka yang akan dihantar. Sebilangan pelanggan turut sedia berkompromi dari segi harga, hanya untuk memastikan barang mereka dihantar dengan cara yang terbaik. Lebih-lebih lagi, kami menyedari permintaan untuk Bisnes-ke-Bisnes (B2B) dan Bisnes-ke-Pelanggan (B2C) semakin meningkat. Walaupun SKIDOO masih baru dalam industri pengiriman dan logistik, kami sudah menjangkakan permintaan ini dan cukup tangkas untuk memberikan perkhidmatan terbaik kami kepada pelanggan B2B dan B2C.”

Sempena dengan pelancaran ini, SKIDOO menawarkan potongan 21% caj penghantaran kepada semua pelanggan mereka, terhad kepada 20 pengguna setiap hari. Promosi ini akan berlangsung selama satu bulan dan para pelanggan boleh menebus dengan menggunakan kod promosi SKIDOO2021 mulai 16 Oktober hingga 15 November 2021. 

JENIS KENDERAANKADAR ASAS (RM/KM)
MOTOSIKAL   5.00 /4KM
KERETA   6.50/5KM
TRAK 4X4 20.00/10KM
VAN 35.00/10KM
LORI 1 TAN 55.00/10KM
LORI 3 TAN140.00/10KM
LORI 5 TAN180.00/10KM

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SKIDOO, sila kunjungi laman sesawang https://www.skidoo.com.my/

Print Friendly, PDF & Email
Langgan Newsletter Kami
Jom dapatkan notifikasi artikel-artikel terbaru kami terus ke email anda!
0 0 votes
Rating Artikel
Subscribe
Notify of
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments