Tips Memilih Warna Tudung Mengikut Tona Kulit

Tips bagi memilih tudung mengikut warna kulit yang bersesuaian adalah sangat penting bagi menaikkan seri wajah terutama jika kita menghadiri majlis-majlis penting. Gunakan tips yang mudah ini untuk padankan warna tudung dengan warna kulit anda.

Pemilihan warna yang salah boleh menyebabkan kita kelihatan pucat serta tidak menyerlah. Jom follow tip pemilihan warna tudung di bawah, semoga bermanfaat untuk anda ya.

Kulit Putih Cerah

Untuk anda yang berkulit putih biasanya mudah kerana sesuai dipadankan dengan kebanyakan warna. Tak kisah warna gelap ataupun cerah. Warna yg paling sesuai adalah warna-warna solid seperti hijau, merah, hitam, biru terang, dan unggu.

Warna yang harus dielakkan iaitu warna yang terlampau lembut seperti warna pastel, dan beige kerana akan menyebabkan kulit anda kelihatan bertambah pucat. Warna putih juga harus dielakkan ya.

Kulit Kuning Langsat

Bagi yang berkulit kuning langsat, anda sesuai menggayakan warna-warna cerah seperti merah jambu, merah, kuning, dan biru.

Anda harus mengelakan warna krim, coklat dan oren kerana warna tersebut akan membuatkan anda kelihatan pucat. Jadi cuba elakkan ok.

Kulit Sawo Matang

Pada mereka yang berkulit sawo matang pula, pemilihan warna pastel & warna gelap merupakan pilihan yg terbaik kerana akan membuatkan kulit anda lebih cerah dan ayu. Sebagai contoh memilih warna krim, navy, unggu, hitam, dan warna pastel dapat menyerlahkan tona kulit anda.

Awas! Warna yang harus anda elakkan adalah warna kelabu dan coklat gelap kerana warna tersebut boleh menyebabkan kulit anda kelihatan bertambah gelap.

Kulit Hitam Manis

Untuk mereka yang berkulit gelap adalah sesuai dengan warna cerah dan ceria seperti merah jambu, hijau, lavender, dan royal blue kerana warna tersebut boleh mencerahkan lagi kulit anda.

Semestinya anda yang berkulit gelap perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan warna tudung, jadi anda harus mengelakkan warna tudung yang gelap seperti hitam, hijau gelap dan warna-warna gelap yang lain kerana warna itu akan membuatkan kulit anda nampak lebih malap.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *