Tips Penting Ketika Membeli Baju Kurung Peplum

baju kurung peplum

Sama ada baju kurung, baju kebarung atau baju kebaya, pakaian tradisional mempunyai daya tarikannya yang tersendiri apabila digayakan semasa sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha atau di majlis-majlis keraian seperti majlis pertunangan atau perkahwinan khususnya.

Bagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rekaan mengimbau zaman klasik semakin diminati kembali apabila fesyen baju kurung peplum yang seringkali digayakan oleh Allahyarham Biduanita Negara Puan Sri Datin Amar Salmah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Primadona Saloma semakin mewarnai persada fesyen tempatan terutamanya di kalangan generasi muda.

Peplum berasal dari perkataan Greek untuk ‘tunik’. Ia merupakan pakaian wanita yang mempunyai perincian hiasan yang sama seperti “overskirt” atau gaun pendek. Pakaian peplum telah diberi nafas baru beberapa kali dalam era moden kerana kemasyhuran ketamadunan dan budaya Yunani.

Secara ringkasnya fesyen peplum merupakan bahagian baju di pinggang hingga ke punggungnya ada kembang-kembang yang tersusun kemas dan beralun cantik ala-ala mini skirt.

baju kurung peplum

Baju kurung peplum amat sesuai untuk sebarang majlis formal atau semi-formal. Fesyen peplum sebenarnya sesuai dengan semua bentuk tubuh badan. Yang membezakan hanyalah jenis potongan dan pilihan warna. Pemilihan peplum yang tepat mengikut tubuh mampu menampilkan potongan badan lebih langsing, tinggi dan menutup kekurangan bentuk badan si pemakai.

Terdapat tiga jenis potongan baju kurung peplum yang biasa dapat kita lihat iaitu: –

  1. Potongan labuh hingga ke peha atau lutut
  2. Potongan pendek atas pinggang
  3. Potongan paras bawah punggung

Berikut adalah tips pemilihan potongan mengikut jenis badan: –

Tips 1: Untuk yang berbadan langsing menawan

Kesemua tiga jenis potongan dan warna boleh dipakai tanpa sebarang masalah sekiranya anda termasuk di dalam golongan ini. Lebih banyak kembang-kembang dan warna-warna terang amat digalakkan bagi menimbulkan ilusi yang lebih cantik dan potongan badan yang sempurna. Namun begitu, anda harus mengelak daripada mengenakan warna-warna gelap kerana ia hanya membuatkan anda nampak lebih kurus berbanding biasa.

Tips 2: Untuk yang berbadan gempal

Anda dinasihatkan tidak memakai potongan yang terlalu pendek sampai atas pinggang. Potongan yang sesuai untuk anda adalah dibawah punggung tetapi tidak labuh hingga ke lutut bagi menutupi badan gempal serta memberikan ilusi ramping. Potongan ini jugak dapat menutupi pinggul yang besar atau perut yang buncit.

Pastikan juga tidak terlalu banyak alunan kembang-kembang supaya tidak kelihatan lebih tembam. Anda juga harus mengelakkan daripada menggunakan warna block dengan banyak.

Contohnya merah terang, oren terang dan seangkatan dengannya. Pastikan anda juga tidak memilih peplum yang sarat dengan corak bunga, apatah lagi bunga yang besar atau peplum bercorak melintang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih besar

baju kurung peplum

Tips 3: Untuk yang berbadan sederhana

Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dan keselesaan tetapi anda juga harus mengelakkan alunan kembang-kembang yang terlalu banyak kerana dikhuatiri saiz anda akan kelihatan lebih besar. Untuk kelihatan lebih bergaya, anda boleh mengenakan tali pinggang yang simple dan bersaiz sederhana.

Baju kurung peplum juga menawan jika dipadankan dengan seluar palazo, skirt atau kain labuh seperti potongan duyung atau potongan lurus. Selain itu, ramai golongan muda yang menggayakan peplum bersama seluar jeans agar tampak lebih moden dan sesuai digayakan ketika bersantai atau melakukan aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan.

Inilah beberapa tips pemilihan baju kurung peplum yang sesuai untuk anda gayakan. Lepas ni tiada alasan lagi untuk tidak mencuba busana jenis ini. Jom lihat koleksi terkini baju kurung peplum keluaran LANAFIRA. Sekian dari kami dan semoga anda terus stylish.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BeautyYou!

Subscribe and immediately you will get

10% discount and our FREE fashion ebook!

Thank you for sending!