Tips Supaya Rambut Tidak Berbau dan Lebih Lembap Apabila Bertudung

Dewasa ini, semakin ramai Muslimah yang memilih untuk mengenakan tudung berikutan kesedaran yang lebih tinggi terhadap ajaran agama Islam. Bagi yang baru mengenakan tudung, antara masalah yang sering dihadapi adalah rambut berbau dan kulit kepala menjadi kering, gatal dan ada kalanya sehingga menyebabkan keguguran rambut. Ini akan menyebabkan rasa tidak selesa dan kurang keyakinan diri dalam diri wanita.

Tetapi anda tidak perlu risau lagi, dalam artikel ini LANAFIRA akan membawakan kepada anda tips-tips penting yang boleh diamalkan agar masalah seperti disebutkan dapat dihindari walaupun anda memakai tudung. Tips-tips yang akan LANAFIRA kongsikan sememangnya mudah dan tidak memerlukan modal yang besar.

Tips 1: Cuci rambut secara konsisten sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Tidak perlu cuci secara berlebihan kerana ini boleh menyebabkan kekeringan rambut. Selain itu penggunaan kondisioner rambut amat penting supaya tidak kering dan kusam. Terdapat banyak produk pencucian dan kondisioner rambut di pasaran sekarang pada harga yang berpatutan. Pilihlah mengikut produk yang anda suka dan sesuai dengan kulit anda.

Tips 2: Lakukan rawatan creambath ataupun hairmask secara berkala di salun-salun kesukaan anda. Rawatan ini seeloknya dilakukan setiap 2 hingga 4 minggu sekali untuk hasil terbaik. Produk yang digunakan untuk rawatan ini juga mestilah sesuai dengan rambut dan kulit kepala anda. Selain mendapatkan rambut yang sihat, rawatan ini juga mampu menghilangkan stress.

Tips 3: Pastikan rambut benar-benar kering sebelum anda mengenakan tudung. Hal ini penting kerana kelembapan tersebut akan menimbulkan bau yang kurang enak apabila diserap oleh tudung anda. Anda boleh menggunakan hairdryer untuk mempercepatkan proses pengeringan ini tetapi jangan terlalu kuat.

Tips 4: Elakkan mengikat rambut anda menggunakan bahan daripada getah dan plastik. Rambut akan mudah rosak dan berbau. Terdapat banyak bahan lain di pasaran sekarang yang boleh digunakan untuk mengikat rambut anda.

Tips 5: Pemilihan tudung yang nipis dan boleh menyerap peluh juga dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Tudung yang terlalu tebal menyebabkan kepanasan dan perpeluhan lalu terhasilnya bau yang tidak menyenangkan.

Inilah beberapa tips mudah dan wajib diamalkan untuk mendapatkan rambut yang sihat, kuat tanpa bau yang tidak menyenangkan. Lepas ni jangan jadikan masalah-masalah ini sebagai alasan untuk tidak bertudung ya. Sekian dari LANAFIRA dan semoga anda terus stylish.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *