Tips & Tricks Jika Ingin Ke Ho Chi Minh, Vietnam

tips tricks vietnam

1. Always travel with grab untuk selamat dari di ketuk. Sana taxi dia guna meter tapi taktaulah macam mana setting meter dia boleh jadi mahal gila. Contohnya suppose dari airport ke Benthanh area hanya 120k dong tapi kalau taxi boleh jadi sampai 400k dong.

2. Siapa tekaknya suka makan berempah, Vietnam food is not for u. But more importantly, food dia mahal. Seorang can cost u sekali makan RM40-50. If nak jimat, bawalah precooked food. Boleh jimat sangat-sangat. Contohnya, previously tak bawa any food, it cost me RM600 for food saja for 3 days. This time bawa precooked food ni it cost me hanya RM132 for 4 days. If nak jimat, bawalah dari sini ok.

3. Usually for hotel I will stay at Alagon at Malaysian Street (Nguyen Anh Street) tapi sebab lately harga dia melampau-lampau and I’ve cut my lodging cost so I tried new hotel nama CAT hotel. Hotel ni sgt indah rupa dari khabar. Luar dia memang seems kecik but bila masuk bilik, sangat luas for 4 person, sangat selesa and strategic gila location dia. View from bilik pon lawa. Paling penting, murah yer hotel ni. Less than RM80 per night. Other hotel u can consider if ada budget is Alagon Western, Saigon Pink or Queen Central.

4. Best days to travel to vietnam is Sunday to Tuesday. Wednesday sampai Sunday dah mula ramai and sesak if nak shopping.

5. If you guys nak try out kilang outside Malaysian Street, boleh try Danny Factory. Boleh google nama Danny’s Shop. Kilang ni ada all sort of lace, kain cotton, baju readymade, telekung dan macam-macam lagi. Datang sini je dah boleh shopping semua yang ada kat Malaysian Street. If dah beli-beli pastu dah balik teringat ada lagi nak beli boleh whatsapp je diorang boleh hantarkan ke hotel. Bayarlah masa kat hotel. 

6. Best place to shop men’s wear macam t-shirt, bag Deuter and premium sport shoes (Nike, Adidas, Sketches, Solomon, dan lain-lain) boleh pergi backside of Benthanh or Huyen Can Cong Cua street (nama Vietnam dia ĐUƠNG HUYÊN CHÂN CÔNG CHUA)

7. Walaupon kedai dalam Ben Thanh pricey compared kedai kat luar tapi kalau nasib baik boleh dapat lagi murah sebenarnya. And dia ada banyak choices kalau you all nak cari barang made in Vietnam contohnya terompah custom made on the spot, coin purse or alas meja or bag telekung yang sulam-sulam lawa tu. Bag gred branded macam Chanel Goyard semua pon bole dapat agak murah kalau nasib baik dapat seller tu ok. So make sure jalan dalam Ben Thanh juga. 

8. Money. Bawa RM je. Dong spare untuk food and transport je. Tapi I notice lately seller dalam Ben Thanh dah banyak juga jual in Dong. Kalau nak bayar in RM jadi mahal sikit. So pandai-pandai la bargain. I still use RM if nak bayar. 

I hope sedikit sebanyak these tips will help you guys yang bakal ke sana. Siapa yang dah plan raya or puasa tahun ni nak start niaga kecil-kecilan, Vietnam probably the best place nak pergi riki barang. Memang taste orang kita sangat. Nak kirim dekat kami pun boleh. Hihi. Selamat membaca!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *