Tips Yang Wajib Anda Ketahui Sebelum Membeli Long Dress / Gaun Labuh

long dress

Kebanyakan wanita terutamanya yang berkerjaya bukan hanya membeli pakaian bagi tujuan untuk ke tempat kerja semata-mata, tetapi juga ianya hendaklah mempunyai pelbagai kegunaan (multi-purpose) yang membolehkannya digayakan apabila melakukan aktiviti lain seperti menziarahi keluarga, membeli-belah, menghadiri kenduri kahwin dan sebagainya.

long dress lanafiraSelain untuk berketerampilan lebih menarik dan kelihatan lebih cantik di khalayak ramai, kebanyakan wanita pada hari ini lebih cenderung memilih jenis pakaian yang selesa, mudah dipakai dan mempunyai potongan yang ringkas.

Antara fesyen pakaian yang menjadi pilihan ramai pada masa kini adalah gaun labuh atau sesetengah orang memanggilnya sebagai Long Dress. Stail ini sememangnya selesa digayakan ke mana-mana sahaja dan sesetengah rekaan sesuai untuk dibawa bersolat. Dengan itu anda tidak perlu lagi risau untuk membawa telekung bagi melengkapkan Rukun Islam yang kedua ini. Anda hanya memerlukan sepasang stoking dan anda sudah boleh menunaikan solat dengan mudah dan selesa.

Selain mempunyai potongan yang labuh dan mampu memberikan ilusi bentuk badan yang tinggi dan langsing, pemakai mampu kelihatan lebih elegen, feminin dan ayu. Gaun labuh juga merupakan pakaian yang amat selesa untuk dipakai terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan beriklim khatulistiwa dan sesuai untuk semua jenis bentuk badan sama ada yang langsing, gempal, tinggi mahupun rendah.

Berikut adalah beberapa panduan yang perlu dititik-beratkan sebelum memilih untuk mengenakan Long Dress: –

Tips 1: Pemilihan Fabrik

Fabrik merupakan perkara asas yang penting dalam pemilihan Long Dress agar si pemakai lebih selesa. Jika jenis fabrik tersebut kurang sesuai dengan kulit si pemakai, tentunya anda akan merasa tidak selesa dan berkemungkinan besar tidak mengenakan kembali pakaian tersebut. Pemilihan fabrik juga boleh dilakukan berdasarkan keadaan cuaca atau majlis yang bakal dihadiri.

Tips 2:  Pemilihan Warna Mengikut Warna Kulit

Warna juga memainkan peranan yang penting dalam pemilihan Long Dress. Tiada gunanya jika si pemakai memiliki gaun labuh yang cantik tetapi warnanya tidak sesuai dengan warna kulit anda. Anda tentunya sudah sedia maklum dengan warna yang mampu menyerlahkan kejelitaan anda.

Tips 3: Pemilihan Kasut

Si pemakai perlu juga memilih kasut yang sesuai dengan ketinggian. Jika anda seorang yang tinggi, adalah dinasihatkan untuk tidak mengenakan kasut bertumit tinggi atau pun wedges manakala bagi yang mempunyai ketinggian yang sederhana, anda bolehlah memakai kasut bertumit tinggi untuk menampakkan diri anda tinggi.

Tips 4: Pemilihan Corak

Pemilihan corak yang betul akan memberikan kesan terhadap bentuk tubuh si pemakai Jika si pemakai mempunyai tubuh badan yang agak berisi, pilihlah Long Dress yang bercorak kecil supaya anda kelihatan lebih kecil. Manakala bagi yang memiliki tubuh kecil molek, pilihlah gaun labuh yang bercorak besar untuk menampakkan tubuh anda sedikit berisi.

Tips 5: Perincian

Perkara ini juga sangat penting kerana perincian boleh membantu memberi ilusi bentuk tubuh yang menawan kepada si pemakai. Jika si pemakai tersalah memilih perincian, ianya akan kelihatan kurang menarik. Sekiranya anda memiliki bentuk badan yang lurus, pilihlah Long Dress yang mempunyai perincian di bahagian sisi pinggang supaya ia memberi ilusi pinggang yang ramping pada tubuh badan anda.

Tips 6: Pemilihan Potongan

Memakai Long Dress yang tidak sesuai dengan bentuk tubuh akan mencacatkan penampilan si pemakai. Potongan yang mempunyai getah di bahagian pinggang adalah sangat sesuai bagi anda yang bertubuh kurus. Ia akan membantu memberi ilusi potongan badan yang cantik kepada bentuk tubuh anda. Berbeza pula bagi anda yang bertubuh agak gempal, elakkan potongan jenis ini kerana ia akan menampakkan tubuh anda pendek dan rendah.

Tips 7: Pemilihan Outwear

Pemilihan outwear yang sesuai untuk dipadankan dengan Long Dress dapat membantu memberikan gaya yang berlainan pada si pemakai. Pemakaian coat atau blazer bersama dengan gaun labuh ini dapat menonjolkan gaya formal dan sesuai untuk dipakai ke pejabat. Manakala, pemakaian cardigan atau jaket bersama gaun labuh dapat menonjolkan gaya santai dan sesuai untuk percutian anda.

Tips 8: Pemilihan Aksesori

Pemilihan aksesori juga dapat membantu mempelbagaikan gaya Long Dress agar kelihatan lebih santai, unik dan tidak tampak terlalu ringkas (plain). Pilihlah padanan aksesori yang boleh dipakai berulang kali seperti topi, scarf, tali pinggang dan juga rantai bagi menyerlahkan gaun labuh anda.

Inilah beberapa tips pemilihan gaun labuh buat para pembaca sekalian. Semoga ianya memberi manfaat dan seterusnya dapat membantu anda membuat pembelian yang tepat. Sekian dari LANAFIRA dan semoga anda terus stylish.

long dress gaun labuh

2 thoughts on “Tips Yang Wajib Anda Ketahui Sebelum Membeli Long Dress / Gaun Labuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BeautyYou!

Subscribe and immediately you will get

10% discount and our FREE fashion ebook!

Thank you for sending!