Tips Yang Wajib Diketahui Sebelum Membeli-Belah Melalui Butik Online

butik online

Dewasa ini, perkembangan teknologi yang semakin pesat menjadikan kehidupan manusia menjadi semakin mudah di mana banyak transaksi yang sebelum ini perlu dilakukan secara manual boleh dilakukan secara atas talian (online). Ini termasuklah pembelian secara online.

Dalam artikel kali ini, LANAFIRA akan menyentuh mengenai tips-tips bagaimana untuk anda membeli pakaian melalui butik online secara betul dan selamat.

Tips 1: Perkara Yang Perlu Dielakkan

  • Elakkan membeli melalui laman web yang mencurigakan dan tidak berdaftar dengan SSM. Biasanya maklumat ini boleh didapati pada bahagian Tentang Kami, Hubungi Kami atau pada bahagian bawah laman web. Sebagai contohnya, maklumat SSM LANAFIRA boleh didapati di bahagian bawah laman web.
  • Elakkan menempah pakaian secara online terutamanya jika harga pakaian tersebut melebihi 3 angka. Baju tempahan memerlukan ukuran badan secara teliti dan jika anda tidak pernah menempah pakaian sebelum, pastinya anda tidak mempunyai rekod ukuran badan. Malah, jika anda mempunyai rekod tersebut sekalipun, terdapat kemungkinan saiz badan anda telah berubah.
  • Elakkan membeli pakaian yang hanya memaparkan ukuran secara umum seperti saiz S, M, L, XL dan sebagainya tanpa ukuran terperinci. Di laman web LANAFIRA, anda boleh mengetahui saiz dengan tepat berdasarkan carta yang disediakan.

butik online

Tips 2: Teknik Memilih Saiz Pakaian

Antara salah satu sebab mengapa terdapat segelintir golongan tidak gemar membeli pakaian melalui butik online adalah kerana mereka tidak mengetahui saiz badan yang tepat sehinggalah tersalah memilih saiz.

Walaupun kebanyakan butik online menawarkan perkhidmatan menukar saiz, proses ini amat leceh kerana anda perlu menghantar semula pakaian tersebut dan membayar kos penghantaran pos.

Berikut adalah cara untuk mengukur saiz pakaian anda: –

  1. Cari pakaian yang anda rasakan paling tepat dengan ukuran badan anda yang terkini.
  2. Bentangkan pakaian tersebut di atas lantai.
  3. Ambil pita pengukur dan ukur maklumat seperti: –
    1. Ukuran bahu
    2. Ukuran dada
    3. Ukuran labuh
    4. Ukuran pinggang

Walaupun kebiasaannya terdapat ukuran-ukuran lain, dengan 4 ukuran di atas sudah cukup untuk membantu anda memilih saiz paling tepat bagi pakaian yang ingin anda beli.

Bandingkan 4 ukuran di atas dengan carta saiz yang disediakan.

Tips 3: Mengetahui Jenis Fabrik

Sebelum melakukan pembelian, anda perlu mengetahui jenis fabrik bagi pakaian tersebut kerana ia menentukan ciri-ciri seperti: –

  • Panas atau sejuk
  • Lembut atau kasar
  • Jarang atau tebal
  • Ketat atau longgar
  • Serap peluh atau tidak
  • Mudah berkedut atau tidak berkedut
  • Meregang atau tidak
  • Mudah dibasuh atau memerlukan penjagaan khas
  • Mudah koyak atau tahan lasak
  • Sensitif dengan kulit anda atau tidak
  • Dan banyak lagi…

Maklumat ini penting kerana setiap pakaian hendaklah bersesuaian dengan fungsi seperti majlis yang ingin dihadiri.

Sekiranya jenis fabrik tidak dinyatakan, anda hendaklah menghubungi pihak butik online bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Tips 4: Butiran-Butiran Tambahan

Ramai pembeli yang tidak mengambil berat mengenai perkara ini. Ini mampu menyebabkan berlakunya masalah ketika transaksi. Masalah yang biasa berlaku adalah seperti: –

  1. Membeli pakaian yang telah kehabisan stok – Terdapat kedai atas talian yang tidak menyatakan sama ada stock masih ada ataupun tidak. Oleh itu, anda perlu bertanya terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran. Cara yang paling mudah adalah memilih butik online yang memaparkan terus bilangan stok seperti LANAFIRA.butik online
  2. Tempoh masa penghantaran – Sekiranya anda ingin menggunakan pakaian tersebut bagi majlis tertentu yang semakin dekat tempohnya, pastikan anda membaca butiran penghantaran. Ini bagi memastikan pakaian yang anda beli sampai pada masanya.
  3. Kaedah penjagaan – Apabila anda membelanjakan wang yang banyak, tentunya anda mengharapkan pakaian tersebut tahan lama. Oleh itu, pastikan anda mengetahui cara untuk membasuh, seterika dan penyimpanan pakaian tersebut.

Tips 5: Pastikan Butik Online Tersebut Mempunyai Reputasi Yang Baik

Reputasi memainkan peranan penting bagi mengetahui sama ada kedai online tersebut boleh dipercayai ataupun tidak. Ini bukan hanya dapat mengelakkan daripada duit anda lesap begitu sahaja, bahkan ia juga menentukan beberapa faktor-faktor lain seperti: –

  • Adakah kualiti pakaian sama seperti di dalam gambar?
  • Adakah penjual menyediakan khidmat bantuan pelanggan yang baik?
  • Adakah kedai online mudah dihubungi dan pantas menjawab sebarang persoalan?
  • Adakah transaksi jual/beli mudah dilakukan tanpa sebarang masalah?
  • Dan lain-lain…

Dengan adanya laman media sosial, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan melihat komen-komen atau testimonial yang ditinggalkan oleh para pelanggan terdahulu.

butik online

Inilah beberapa tips mudah dan wajib diamalkan untuk membeli-belah secara atas talian. Lepas ni tiada lagi alasan untuk tidak membeli melalui LANAFIRA ya. Sekian dari LANAFIRA dan semoga anda terus stylish.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

BeautyYou!

Subscribe and immediately you will get

10% discount and our FREE fashion ebook!

Thank you for sending!