Baju Kurung Tradisional vs Baju Kurung Moden

Baju kurung merupakan pakaian tradisional bagi masyarakat Melayu di wilayah Nusantara yang terdiri daripada negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand. Martabatnya juga telah diangkat dengan menjadi pakaian rasmi bagi penduduk di Malaysia dan Brunei di mana ianya sesuai digayakan bagi segenab masyarakat tidak kira usia, bangsa dan agama.

Kebiasaannya ia menjadi pilihan utama bagi majlis-majlis keraian seperti perkahwinan dan pertunangan, upacara keagamaan dan acara rasmi. Busana ini ini secara umumnya boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu rekaan tradisional dan moden.

Sejarah pakaian ini dikatakan berasal dari Mesir yang kemudiannya diperkenalkan di Indonesia melalui para pedagang ketika bermulanya penyebaran agama Islam di gugusan kepulauan Melayu. Nama asal baju kurung adalah baju longgar yang diambil daripada perkataan ‘djallabiyah’.

Menurut maklumat Sejarah Melayu, ketika Zaman Kesultanan Melayu Melaka, pakaian bagi penduduk di Melaka pada asalnya adalah ketat dan singkat tetapi telah diubahsuai oleh temenggung Melaka iaitu Tun Hasan. Beliau merupakan anak kepada bendahara Melaka yang ke-7 iaitu Tun Mutahir yang dikatakan amat berpegang teguh dengan ajaran Islam. Rekaan longgar dan labuh bagi baju kurung tradisional yang kekal sehingga hari ini adalah atas jasa beliau. 

Terdapat beberapa variasi baju kurung tradisional seperti Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Kurung Cekak Musang, Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Melaka dan Baju Kurung Pahang. 

Dalam usaha mencegah pakaian ini luput ditelan zaman, ramai pereka fesyen tempatan telah mengetengahkan idea yang memberikan nafas baru dalam menghasilkan rekaan terkini mengikut peredaran zaman sehinggalah terhasilnya apa yang dikenali sebagai Baju Kurung Moden.

Terdapat beberapa variasi Baju Kurung Moden yang diilhamkan berdasarkan rekaan tradisional mahupun berdasarkan kebudayaan lain seperti Mini Kurung, Baju Kurung Peplum, Doll Kurung, Baju Kurung Saree, Pleated Baju Kurung, Baju Kurung Kimono dan sebagainya.

Perbezaan yang biasa terdapat pada rekaan tradisional dan moden adalah seperti berikut: –

1. Pesak 

Pesak adalah jahitan pada sisi baju yang biasanya terdapat pada rekaan tradisional bagi tujuan memberikan kelonggaran pada pakaian tersebut manakala rekaan moden biasanya tidak mempunyai ciri tersebut.

2. Zip Pada Baju 

Zip pada baju adalah ciri yang hanya terdapat pada rekaan moden sahaja kerana seperti yang dinyatakan di atas, ianya tidak memiliki pesak. Oleh itu, ianya lebih ketat berbanding rekaan tradisional dan tanpa zip, adalah mustahil untuk mengenakan pakaian tersebut. Zip biasanya terdapat di bahagian belakang baju ataupun yang terkini di bahagian hadapan baju. 

3. Mengikut Potongan Badan

Selain daripada tidak mempunyai pesak, baju kurung moden juga mempunyai potong badan pada bahagian pinggang baju bagi menampakkan bentuk badan si pemakai.

4. Jenis Fabrik

Rekaan moden menawarkan pelbagai jenis fabric mengikut citarasa pengguna seperti kain kapas, satin, kain sulam, organza, lace, chiffon, kain sutera, batik, linen dan banyak lagi.

5. Aksesori

Baju kurung moden menampilkan gaya aksesori tambahan seperti manik-manik, kerawang, sulaman dan labuci berbanding rekaan lama yang lebih ringkas (plain).

Kesimpulannya, baju kurung bukan sekadar melambangkan kesopanan dan menjaga aurat si pemakai, bahkan juga merupakan identiti dan menampilkan kebudayaan bangsa Melayu kepada para orang asing yang datang berkunjung. Tambahan pula, si pemakai tidak perlu bimbang sekiranya dilabelkan sebagai ketinggalan zaman bahkan tampak cantik, anggun, bergaya, selesa dan berasa selamat apabila mengenakan pakaian tersebut.

LANAFIRA menawarkan pelbagai pilihan terkini bagi baju kurung moden pada harga yang berpatutan. Jangan lepaskan peluang ini!

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *